X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita Orang Asli derita penyakit kulit kronik kembali pulih

Yati memberitahu tahap kesihatannya bertambah baik namun masih bergantung dengan bekalan ubat.
A
A

GUA MUSANG - Seorang wanita Orang Asli suku Bateq Kampung Kuala Koh, kembali pulih selepas menderita penyakit kulit kronik dan turut terkena jangkitan penyakit campak yang meragut nyawa 15 orang asli sebelum ini.

Menurut Yati Ripin, 30, pada awal tahun ini, dia menderita penyakit kulit yang kronik sehingga tidak mampu menguruskan diri serta keluarga.

Katanya, ketika jangkitan penyakit meragut rakan-rakan sekampung dan ahli keluarganya sejak awal Mei lalu, dia juga tidak terkecuali.

Yati ketika menderita sakit pada Mei lalu.
Yati ketika menderita sakit pada Mei lalu.

"Saya juga turut lari ke hutan dan menunggu masa seperti rakan lain. Saya kena jangkitan penyakit ditambah pula dengan sakit kulit yang dihidapi sebelum ini.

"Saya tidak mampu berjalan sehingga perlu dipimpin untuk dibawa ke HGM (Hospital Gua Musang) ketika itu.

"Saya juga ditempatkan di wad dan dikuarantin di PPS (Pusat Pemindahan Sementara) Taman Etnobotani Gua Musang. Sekarang saya sudah beransur pulih dan masih mengambil bekalan ubat untuk sakit kulit," katanya.

Pada April lalu, Sinar Harian melaporkan Yati mendakwa dia rasa seperti tunggu mati akibat penyakit kulit kronik.

Yati memberitahu, kesihatannya ketika itu semakin teruk malah sering demam sehingga tidak mampu melakukan aktiviti seharian.

"Saya mengalami penyakit kulit ini sudah lama sejak remaja. Hampir semua badan saya bersisik dan gatal-gatal. Malah kedua-dua anak saya juga turut dijangkiti penyakit ini sehingga tidak dapat melelapkan mata kerana sakit," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!