Arab Saudi menuju sebuah negara moderat

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEJAK kebelakangan ini muncul khabar angin menyatakan bagaimana Arab Saudi mula membuka negara itu untuk modenisasi budaya.

Perubahan demi perubahan dilakukan oleh Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang didukung oleh Putera Mahkota Mohammed Salman Al-Saud. Visi 2030 yang dilancarkan pada 25 April 2016 menjadi kunci kepada reformasi yang dilakukan oleh kerajaan negara beraja yang dikenali konservatif itu.

Kesan konservatif inilah yang ingin dihilangkan oleh Arab Saudi. Visi 2030 ditujukan untuk mengurangkan kebergantungan Arab Saudi terhadap minyak, sekaligus melakukan kepelbagaian ekonomi dan mengembangkan sektor awam seperti kesihatan, pendidikan, infrastruktur, rekreasi serta pelancongan/hiburan.

Moto perubahan ke arah dimensi baharu itu datang daripada idea Putera Mahkota yang menyuarakan bahawa Arab Saudi adalah negara yang moderat.

Tegasnya Arab Saudi akan kembali sebagai negara yang lebih terbuka kepada perbezaan ekonomi, sosiobudaya dan membanteras korupsi.

Visi 2030 yang diinisiatifkan Putera Mahkota Mohammad itu memiliki tiga asas utama. Pertama, menjadikan Arab Saudi sebagai jantung dunia Arab dan Islam.

Kedua, keazaman sebagai pelabur utuh di peringkat global dan ketiga, mengubah Arab Saudi sebagai perantara bagi tiga benua iaitu Asia, Eropah serta Afrika.

Kerajaan Arab Saudi di bawah kekuasaan Raja Salman melalui Visi 2030 memiliki hala tuju yang cukup jitu.

Artikel Berkaitan:

Beberapa tujuan itu seperti dikutip daripada laman sesawang Vision 2030 antara lain: Meningkatkan pendapatan kerajaan daripada sektor bukan minyak daripada 163 juta riyal menjadi 1 trilion riyal; meningkatkan eksport bukan minyak naik daripada 16 peratus menjadi 50 peratus; meningkatkan kapasiti jemaah umrah daripada lapan juta orang kepada 30 juta orang menjelang 2030; meningkatkan peranan wanita dalam dalam sektor pekerjaan daripada 22 peratus kepada 30 peratus; peningkatan pendapatan daripada aktiviti budaya dan hiburan daripada 2.9 peratus kepada 6 peratus.

Kesungguhan dan keazaman tinggi menjadi kunci dalam Visi 2030. Para pemerhati politik dan ekonomi khususnya dari Arab Saudi menyuarakan bahawa mereka optimis visi itu akan berjaya.

Namun, dunia juga akan menjadi saksi perubahan Arab Saudi daripada negara ultrakonservatif menjadi negara moderat.