Tiga lagi sekolah pasang kain rentang bantah tulisan jawi

Kain rentang bantah pelaksanaan tulisan jawi di sebuah SJK Cina di Bandar Country Homes Rawang.
Kain rentang bantah pelaksanaan tulisan jawi di sebuah SJK Cina di Bandar Country Homes Rawang.
A
A
A

RAWANG - Kain rentang bantah tulisan jawi dan seni khat di beberapa sekolah vernakular di Rawang mula kelihatan sejak tiga hari lalu.

Setakat ini tiga sekolah dikesan mengantungkan kain rentang itu iaitu sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil dan dua lagi di SJK Cina.

Difahamkan kesemua kain rentang itu masih digantung sehingga kini sebagai menyuarakan pendirian Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menolak pelaksanaanya seperti diputuskan kementerian.

Bantahan Sabtu lalu oleh PIBG SJK Tamil di Rawang.
Bantahan Sabtu lalu oleh PIBG SJK Tamil di Rawang.

PIBG SJK Tamil itu turut berkumpul membuat bantahan Sabtu lalu dengan alasan menolak seni khat dalam Bahasa Melayu yang disifatkan tidak sesuai di sekolah itu.

Terdahulu SJK Tamil Batu Caves adalah sekolah pertama dikesan menggantungkan kain tentang yang menulis 'Kami dari pihak PIBG tidak menyokong dan tidak akan mengajar seni khat dan tulisan jawi'.

Kain rentang bantahan turut dikesan dipasang pada papan tanda jalan di Bandar Baru Bangi.

Mesyuarat Jemaah Menteri Rabu lalu membuat keputusan mengekalkan keputusan supaya pengenalan tulisan jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tahun empat di sekolah jenis kebangsaan mulai tahun 2020 diteruskan.

Artikel Berkaitan:

Kain rentang bantahan di SJK Cina di luar pagar sekolah di Rawang dipasang sejak tiga hari lalu.
Kain rentang bantahan di SJK Cina di luar pagar sekolah di Rawang dipasang sejak tiga hari lalu.

Bagaimanapun Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, ia hanya akan dilaksanakan jika dipersetujui oleh Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa dan murid sekolah jenis kebangsaan.

Mesyuarat Jemaah Menteri turut menetapkan supaya tulisan jawi ini dikekalkan dengan nama pengenalan tulisan jawi dan bukannya khat dan hanya diperkenalkan secara pilihan pada peringkat asas sahaja kepada murid tahun empat mulai tahun 2020, murid tahun lima pada tahun 2021 dan murid tahun enam pada tahun 2022 di sekolah jenis kebangsaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kain rentang bantah tulisan jawi digantung depan sekolah