Yuran taska Perak naik, tapi masih rendah

Noor Shalina (tiga, kanan) menerima cek sumbangan kerajaan negeri daripada May Ing pada majlis tersebut.
Noor Shalina (tiga, kanan) menerima cek sumbangan kerajaan negeri daripada May Ing pada majlis tersebut.
A
A
A

IPOH - Majoriti taska di Perak akan mengalami kenaikan yuran mulai tahun hadapan berikutan pelaksanaan gaji minimum RM1,100 diumumkan kerajaan.

Presiden Persatuan Taska Perak, Noor Shalina Sahari berkata, 70 peratus taska di Perak dijangka akan menaikkan kadar yuran.

"Kadar yuran di Perak, sejujurnya masih lagi rendah antara RM300 dan RM350 tapi selepas ini dijangkakan mungkin RM350 hingga RM450. Nak cakap semua taska akan naik, tak juga bergantung kepada pengusaha masing-masing dan tempat atau kawasan.

"Kalau kawasan masyarakat berpendapatan rendah, mungkin tak naik banyak. Kalau kita tiba-tiba nak naik terlalu tinggi, rugi pada taska itu juga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Geran Bantuan Kepada 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Perak di Bilik Mesyuarat Utama Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Pembangunan Sahsiah, Wanita, Keluarga dam Kebajikan Masyarakat, Wong May Ing; Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Perak, Suraya Ghazali; Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak, Ruhaini Zawawi dan Pengarah Pembangunan Wanita Perak, S Kavaramma.

Dalam pada itu, Noor Shalina berkata, taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak boleh menaikkan yuran sewenang-wenangnya kerana terpaksa bersaing dengan taska di rumah, taska tidak berdaftar dan pengasuh di rumah.

Menurutnya, sehingga kini lebih 120 taska di Perak berdaftar dengan persatuan.

Artikel Berkaitan: