Sila log masuk terlebih dahulu.

Kerajaan Perpaduan kekal walau sokongan Melayu masih rendah - KJ

A
A
A

BERITA SEMASA 10 MEI 2023

Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yakin Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kekal atas beberapa faktor antaranya sukar mendapatkan sokongan Istana Negara.

Beliau berpendapat, sebagai pihak yang mencadangkan Kerajaan Perpaduan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tentunya tidak mahu membuat pusingan U dengan memilih kerajaan baharu.

Khairy juga yakin, bakal Yang di-Pertuan Agong baharu juga tidak akan melayan sebarang usaha untuk menukar kerajaan dalam tempoh terdekat setelah naik takhta.

Khairy menjelaskan, dalam satu dapatan yang dilakukannya bersama sebuah firma, sokongan terhadap Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri dalam kalangan orang Melayu masih rendah.

Tambah Khairy, Melayu, Cina, India dan sebagainya paling ramai menyokong Datuk Seri Anwar dengan 46 peratus diikuti dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin 17 peratus apabila ditanya soal siapakah Perdana Menteri yang terbaik.

Dalam pada itu, Khairy menjelaskan, Kerajaan Perpaduan kini berdepan barisan pembangkang yang berteraskan Islam dan Melayu sepenuhnya.

Artikel: https://bit.ly/3NZIoE2

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian