'Hutan simpan Sungai Lembing makin gondol'

Hutan simpan Sungai Lembing didakwa diterokai secara haram.
Hutan simpan Sungai Lembing didakwa diterokai secara haram.
A
A
A

KUANTAN - Kira- kira 50 hektar kawasan hutan simpan di Sungai Lembing didakwa diterokai pihak tertentu secara haram.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang berkata, perkara itu diketahuinya selepas membuat tinjauan dari udara pada penghujung julai lalu.

Menurutnya, penggodolan hutan simpan itu dipercayai dsebabkan aktiviti pembalakan haram, korek pasir dan perlombongan yang dikenal pasti berlaku di kawasan terbabit.

“Saya terkejut bila melihat banyak kawasan di hutan simpan itu sudah ‘botak’ (terokai) dengan pelbagai aktiviti.

“Jadi, saya bimbang jika aktiviti ini tidak di kawal ia akan menjejaskan alam sekitar dan mengundang masalah kepada masyarakat di kawasan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media di Wisma Seri Pahang hari ini.

Chon Siang (kiri) dan Chean Chung (kanan) menunjukkan gambar mengenai penerokaan hutan simpan di Sungai Lembing yang diambil olehnya semasa melakukan tinjauan udara Julai lalu.
Chon Siang (kiri) dan Chean Chung (kanan) menunjukkan gambar mengenai penerokaan hutan simpan di Sungai Lembing yang diambil olehnya semasa melakukan tinjauan udara Julai lalu.

Turut hadir, ADUN Semambu, Lee Chean Chung.

Sebelum itu, Chon Siang dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) meminta agar Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendedahkan data terkini berhubung penerokaan hutan simpan di kawasan itu bagi tujuan perlombongan, pembalakan dan pengorekan pasir.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Wan Rosdy tidak mempunyai data lengkap mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, Chon Siang memohon agar kerajaan negeri menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan terbabit bagi mengelak sebarang aktiviti haram berlaku di situ.

“Saya minta kerajaan ambil perhatian tegas tentang masalah ini dan saya akan memberikan bukti (gambar) bahawa aktiviti itu memang berlaku,” katanya.

Hutan simpan Sungai Lembing didakwa diterokai secara haram.
Hutan simpan Sungai Lembing didakwa diterokai secara haram.