'Periuk nasi kami terjejas'

Mohd Yaakob bersama nelayan lain mendakwa mereka hilang sumber pendapatan selepas kewujudan dua tembok penahan ombak yang dibina sejak kira-kira enam bulan lalu.
Mohd Yaakob bersama nelayan lain mendakwa mereka hilang sumber pendapatan selepas kewujudan dua tembok penahan ombak yang dibina sejak kira-kira enam bulan lalu.
A
A
A

MELAKA - Nelayan yang menjalankan kegiatan menangkap udang geragau di Pantai Puteri mengeluh dan buntu apabila mereka hilang sumber pendapatan akibat kewujudan dua tembok penahan ombak yang dibina sejak kira-kira enam bulan lalu.

Tembok berkenaan yang dibina pada bulan Februari diperbuat daripada susuan batu groin didirikan secara mengunjur dari daratan sehingga ke tengah laut sepanjang kira-kira 30 meter.

Nelayan, Mohd Yaakob Yahaya, 45, mendakwa, sejak dua tembok itu dibina di kedudukan kiri dan kanan pantai ia telah melenyapkan hasil udang geragau yang sebelum ini dianggap sebagai 'emas kecil' buat mereka.

"Sejak mereka buat tembok berkenaan, udang geragau tidak datang ke tepi malah, aktiviti 'melanggai' udang besar juga terencat.

"Kalau sebelum ini, kami mampu meraih pendapatan sekitar RM2,000 sebulan tetapi kini satu sen pun tiada. Ia sekali gus menutup mata pencarian kami," katanya yang sudah menjalankan kerja-kerja menyungkur udang geragau secara turun temurun sejak kecil lagi.

Tembok yang dibina pada bulan Februari lalu diperbuat daripada susuan batu groin didirikan secara mengunjur dari daratan sehingga ke tengah laut sepanjang kira-kira 30 meter. (Gambar kecil, kewujudan tembok terbabit membuatkan pantai berteluk dan mengakibatkan laut menjadi bertambah dalam sekaligus proses hakisan ombak menjadi lebih giat.)

Awal bugal, 64, pula mendakwa, kewujudan tembok berkenaan juga telah mengakibatkan masalah hakisan pantai bertambah serius sehingga kelihatan banyak pokok rhu yang sudah berusia hampir 30 tahun tumbang begitu sahaja.

"Kewujudan tembok terbabit membuatkan pantai berteluk dan mengakibatkan laut menjadi bertambah dalam sekaligus proses hakisan ombak menjadi lebih giat.

Artikel Berkaitan:

"Kami bukan menghalang niat pihak terbabit membina tembok ini tetapi ianya tidak dengan cara. Sepatutnya penghalang ombak dibuat melintang di tengah laut bukan mengunjur secara memanjang ke tengah laut," katanya.

Nordin Yusof, 39, pula menganggap kemunculan batu groin boleh mengancam keselamatan pengunjung yang berenang di situ sekaligus boleh menjejaskan aktiviti pelancongan.

"Disebabkan hakisan batu groin akan berselerak di sepanjang pantai yang boleh menjejaskan keselamatan pengunjung yang berenang dan menyungkur udang.

"Sekarang mereka sudah membina dua buah dan saya dimaklumkan tiga lagi bakal menyusul sekaligus menambah lagi derita kami di sini," katanya.

Nelayan juga mendakwa mereka tidak pernah bersetuju tembok berkenaan dibina di kawasan pantai terbabit ketika sesi perbincangan lalu.

Ekoran perkara itu, mereka telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Tanjung Kling.