18 ahli Geng Emi Keju didakwa anggotai kumpulan jenayah terancang

Tiada pengakuan direkodkan daripada 18 anggota kumpulan itu terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.
Tiada pengakuan direkodkan daripada 18 anggota kumpulan itu terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 18 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang Geng Emi Keju yang dipercayai giat melakukan samun bersenjata sejak 2013.

Kesemua tertuduh yang berusia antara 21 hingga 38 tahun mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh susulan mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka termasuk ketuanya Zairy Huzaimy Md Akhir atau dikenali sebagai Emi Keju, 32; Muhammad Khairuddin Osman, 25; Amirul Rezky, 23; Muhamad Norrazak Azmi, 29; Jazli Jamal, 24; Mohamad Habib Abdul Jabar, 33; Abdul Rahman Mohamed Daud, 29; Muhammad Neshril Rustam, 31; Makmur Saleng, 32 dan Muhammad Ikmal Aizam Azwani, 18.

ARTIKEL BERKAITAN: Geng Emi Keju tumpas

Turut didakwa, Muhammad Nur Farhan Sutarman, 25; Muhammad Arif Aiman Mohd Rasol Ambia, 21; Farizuwan Baharom, 25; Nor Azuwan Hafifi Md Akhir, 28; Mohamad Firdaues Azwani, 26; Affandy Hardey, 38; Muhamad Imran Abdullah, 23 dan Mohammad Kahirul Azhar Abdullah 26.

Kesemua mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng Emi Keju' di Lot 3576 Kampung Indian Settlement, Jalan Bunga Raya 3, Batu Caves, di sini, antara 25 Jan 2017 hingga 23 Julai 2019.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah seksyen sama memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Sementara itu, seorang lagi tertuduh iaitu Mohamad Yusuf Mat Nasir, 28, berdepan tuduhan membantu ahli kumpulan jenayah tersebut di Warta Lama, Pasar Borong Selayang di sini antara 22 Disember 2017 hingga 23 Disember 2017.

Mohamad Yusuf didakwa mengikut Seksyen 130W Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad tidak menawarkan sebarang jaminan kepada semua tertuduh kerana kesalahan dilakukan kesemua tertuduh adalah berat membabitkan Sosma.

Mahkamah menetapkan 9 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Menurut laporan media sebelum ini, pada 15 Ogos lalu, kumpulan tersebut giat melakukan samun bersenjata sejak 2013 membabitkan lebih 50 kes samun bersenjata sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan dengan anggaran kerugian melebihi RM4 juta.

Ketua kumpulan terbabit yang dikenali sebagai Emi Keju dalah bekas pelajar Sekolah Henry Gurney, Melaka dan mempunyai lebih 25 orang bawahan.

Kesemua ahli Geng Emi Keju ini dikesan dalam satu operasi khas yang diwujudkan pada Januari 2017 membabitkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor dan Bahagian D14 Siasatan Jenayah Terancang Bukit Aman.