Suspek tetak Ketua Polis Daerah Besut direman tujuh hari

Suspek dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Besut selepas diperintah reman tujuh hari.
Suspek dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Besut selepas diperintah reman tujuh hari.
A
A
A

BESUT - Lelaki yang menetak Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Khamis depan.

Perintah tahanan reman terhadap penganggur berusia 33 tahun itu dikeluarkan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat di Mahkamah Majistret Besut, di sini pagi ini.

Reman tersebut dikeluarkan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Suspek dari Kampung Padang Luas sebelum itu ditahan di Felda Selasih di sini kira-kira jam 4.15 petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari semalam, Mohd Zamri berusia 55 tahun ditetak oleh suspek menggunakan sebilah parang panjang menyebabkan mangsa putus ibu jari tangan kanan dan cedera di belakang kepala.

Mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan bagi menyambung kembali ibu jarinya dan rawatan lanjut.

Sebelum kejadian itu, mangsa diserang suspek yang dikatakan mempunyai masalah mental dan tinggal kira-kira 100 meter dari rumah mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Polis Daerah Besut kena tetak

Lelaki mental tetak Ketua Polis Daerah Besut ditahan

Artikel Berkaitan: