'Kita tak hantar Zakir pulang kerana bimbang beliau dibunuh'

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba pada majlis Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Turns 21: A Precious Legacy, Sepang di sini hari ini. - Foto ZAHID IZZANI
A
A

SEPANG - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian beliau untuk tidak menghantar pulang penceramah dari India, Dr Zakir Naik pulang ke negara asalnya.

Dr Mahathir berkata, beliau enggan berbuat demikian kerana bimbang sekiranya pendakwah itu dibunuh di India nanti.

"Masalahnya sekarang (untuk hantar Zakir pulang) kita bimbang beliau akan dibunuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Kula Segaran gesa tindakan terhadap Zakir Naik

"Tetapi jika ada negara lain yang alu-alukan (kedatangan Zakir ke negara mereka) kita akan pertimbangkan (untuk hantar ke negara berkenaan)," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Ulang Tahun ke-21 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA): A Precious Legacy di KLIA di sini hari ini.

Suasana di balai pelepasan Kuala Lumpur International Airport (KLIA) yang dipenuhi dengan papan iklan KLIA Turns 21: A Precious Legacy. - Foto ZAHID IZZANI
Suasana di balai pelepasan Kuala Lumpur International Airport (KLIA) yang dipenuhi dengan papan iklan KLIA Turns 21: A Precious Legacy. - Foto ZAHID IZZANI

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan pelbagai pihak yang mahukan Malaysia menghantar Zakir pulang ke India.

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran hari ini menggesa tindakan diambil terhadap penceramah dari India, Dr Zakir Naik kerana mempersoalkan kesetiaan masyarakat Hindu di negara ini.

Menurut Naib Presiden DAP itu, Zakir sebagai orang asing yang hanya memiliki sedikit pengetahuan mengenai sejarah Malaysia tidak berhak merendahkan rakyat Malaysia.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia