Ribut: 50 sekolah rosak di Perlis

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KANGAR - Sebanyak 50 sekolah termasuk 35 sekolah rendah di Perlis mengalami pelbagai kerosakan akibat ribut yang melanda malam tadi.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan, Zainodin Ahmad berkata, antara sekolah yang terjejas teruk ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perlis di Kangar, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Saffi di Simpang Empat dan SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah di Kaki Bukit.

"Kami akan segerakan pembaikan sebelum sesi persekolahan bermula manakala jumlah kerugian secara kasar dianggar RM500,000 dan dijangka akan bertambah,” katanya selepas meninjau SK Seri Perlis di sini hari ini.

Hujan lebat disusuli angin kencang malam tadi membadai beberapa negeri di utara Semenanjung melibatkan Pulau Pinang, Perlis dan Kedah hingga mengakibatkan banyak kejadian pokok tumbang, bekalan elektrik terputus, selain rumah dan kemudahan awam rosak. - Bernama

Artikel Berkaitan: