Tiga rumah rosak akibat ribut, hujan lebat

Keadaan rumah penduduk yang rosak akibat dihempap pokok pada Jumaat. - Foto APM Perak
Keadaan rumah penduduk yang rosak akibat dihempap pokok pada Jumaat. - Foto APM Perak
A
A
A

MANJUNG - Tiga buah rumah mengalami kerosakan akibat kejadian ribut yang berlaku di mukim Lumut di sini, tengah hari Jumaat.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, angin kencang disusuli hujan lebat itu menyebabkan dua rumah di Kampung Pundut dan sebuah lagi di Kampung Teluk Muruh rosak.

"Kira-kira 1 tengah hari semalam (Jumaat), berlaku kejadian ribut yang merosakkan tiga rumah di mukim Lumut.

"Bumbung di dua rumah diterbangkan angin manakala sebuah lagi rosak di bahagian dapur kerana dihempap pokok tumbang.

"Selain itu, bahagian dalam rumah mereka turut rosak dan nilai kerugian sebenar belum dapat dipastikan," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Keadaan rumah penduduk yang rosak akibat dihempap pokok pada Jumaat. - Foto APM Perak
Keadaan rumah penduduk yang rosak akibat dihempap pokok pada Jumaat. - Foto APM Perak

Bagaimanapun katanya, kejadian tersebut tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan.

Jelasnya, susulan daripada insiden itu, polis daerah Manjung telah menerima tiga laporan polis dari mangsa bagi rujukan pihak berkenaan

Tambah Mohamed Nordin, pihak polis akan sentiasa melakukan pemantauan dari masa ke semasa di samping menasihatkan orang awam supaya menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di talian 05-6886222 bagi mendapatkan bantuan segera jika berlaku bencana. - Awani