Enam rumah rosak akibat ribut

Salah sebuah rumah penduduk mengalami kerosakan di bahagian bumbung dalam kejadian ribut di Mukim Sungai Manik. - Foto ihsan APM Perak
Salah sebuah rumah penduduk mengalami kerosakan di bahagian bumbung dalam kejadian ribut di Mukim Sungai Manik. - Foto ihsan APM Perak
A
A
A

PASIR SALAK - Sebanyak enam rumah penduduk mengalami kerosakan pada bumbung dalam kejadian ribut di daerah Hilir Perak di sini, petang Khamis.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Hilir Perak memaklumkan, hujan lebat berserta angin kencang sekitar jam 6.30 petang itu melibatkan empat kawasan.

"Rumah penduduk yang terjejas melibatkan kawasan Parit 12B, Parit 10B, Jalan Sungai Tukang Sidin dan Jalan Klinik Kampung Sungai Tukang Sidin.

Anggota APM menjalankan pemantauan dan penilaian risiko di salah sebuah rumah penduduk di Mukim Sungai Manik pada Khamis. - Foto ihsan APM Perak
Anggota APM menjalankan pemantauan dan penilaian risiko di salah sebuah rumah penduduk di Mukim Sungai Manik pada Khamis. - Foto ihsan APM Perak

"Hujan lebat yang berterusan lebih dua jam dan ribut menyebabkan rumah di kawasan Mukim Sungai Manik di sini mengalami kerosakan di bahagian atap rumah," katanya.

Menurutnya, seramai tiga anggota terlibat memantau dan membuat penilaian risiko di kawasan kejadian.

Tambahnya, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan keadaan cuaca kini dilaporkan hujan renyai.