4 Exco dipanggil menghadap Sultan Selangor

Keempat-empat Exco itu dilihat memasuki perkarangan Istana Bukit Kayangan pada 10.40 pagi tadi. Dari kiri, Teng Chang Khim, Ng Sze Han, Ganabatirau dan Hee Loy Sian.
Keempat-empat Exco itu dilihat memasuki perkarangan Istana Bukit Kayangan pada 10.40 pagi tadi. Dari kiri, Teng Chang Khim, Ng Sze Han, Ganabatirau dan Hee Loy Sian.
A
A
A

SHAH ALAM - Empat Exco Kerajaan Negeri Selangor dititah menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini.

Mereka adalah Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Datuk Teng Chang Khim; Exco Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin V Ganabatirau; Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han dan Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna Hee Loy Sian.

Difahamkan semua Exco yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang (Chang Kim); Kinrara (Sze Han); Kota Kemuning (Ganabatirau) dan Kajang (Loy Sian) dilihat memasuki pekarangan istana pada 10.40 pagi tadi.

Kesemua mereka dipercayai menghadap baginda Sultan Selangor berhubung isu cadangan pindaan enakmen membabitkan pemelukan agama Islam yang sepatutnya dibawa dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, akhir bulan lalu.

Artikel Berkaitan: