X

Kindly register in order to view this article
!

Lembu korban RM15,000

Abdul Hakki bersama lembu peliharaannya bernama Mr Trump yang berharga RM20,000.
A
A

RANTAU PANJANG - [VIDEO] Seekor lembu dari baka American Brahman yang dianggarkan berharga lebih RM15,000 menjadi pilihan untuk dikorbankan sempena sambutan Aidiladha pada Ahad ini.

Seorang penternak, Abdul Hakki Che Ahmad, 35, berkata, lembu tersebut menjadi pilihan orang ramai yang berada di Kuala Lumpur untuk majlis korban itu nanti.

"Lembu ini mampu mencapai berat sekitar 800 hingga 900 kilogram (kg) dan dagingnya yang lembut membuatkan ia menjadi pilihan orang ramai untuk ibadah korban," katanya ketika ditemui pemberita di ladang lembu miliknya di Bukit Tuku, di sini.

Menurutnya, selain American Brahman spesis lembu kacukan bersaiz gergasi seperti InduBrazil turut menjadi pilihan masyarakat di kawasan tersebut.

Abdul Hakki menunjukkan lembu jenis American Brahman yang dianggarkan berharga lebih RM15,000 menjadi pilihan untuk dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
Abdul Hakki menunjukkan lembu jenis American Brahman yang dianggarkan berharga lebih RM15,000 menjadi pilihan untuk dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Katanya, penduduk di negeri ini pula lebih menggemari baka kacukan Kelantan-Kedah untuk dijadikan sebagai haiwan korban.

Abdul Hakki berkata, baka itu menjadi pilihan disebabkan oleh faktor harganya yang murah dan berpatutan antara RM3,000 hingga RM3,500.

"Kebanyakan lembu-lembu yang dijual untuk hari raya korban ini mempunyai lesen dan permit sah dari Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan. Bukan itu sahaja, kebanyakan lembu-lembu korban yang dijual ini cukup umur bagi tujuan ibadah korban nanti.

"Jadi pembeli tidak perlu risau kerana haiwan-haiwan ini semuanya sihat dan cukup syarat sebagaimana ditetapkan oleh syarak," katanya.

Katanya, selain untuk ibadah korban dia turut membekalkan lembu-lembu untuk bekalan daging ke seluruh negara mengikut permintaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus