50 peratus penghidap NCD tidak tahu status kesihatan

 Noor Hisham Abdullah
Noor Hisham Abdullah
A
A
A

PUTRAJAYA - Kira-kira 50 peratus penghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) di negara ini tidak mengetahui mereka menghidap penyakit berkenaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata itulah antara faktor kerajaan melaksanakan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) bagi menjalankan saringan untuk mengenal pasti mereka yang menghidap penyakit itu.

"Selain itu, 50 peratus daripada mereka yang dikesan mempunyai penyakit NDC tidak dapat mengawal (penyakit mereka).

"Jadi tindakan kita ialah meningkatkan rawasatn kesihatan utama di kliniki-klinik kesihatan supaya kita dapat mengawal kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dan sebagainya," katanya ketika berucap dalam Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Perkongsian Pintar Klinik Senaman, di sini hari ini.

Menurutnya masalah NCD di Malaysia semakin membimbangkan kerana prevalen faktor risiko penyakit itu di negara ini adalah tertinggi di rantau ASEAN.

Dr Noor Hisham berkata Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 menunjukkan 3.5 juta orang atau 17.5 peratus daripada penduduk Malaysia adalah penghidap diabetes.

"Bagi hipertensi pula adalah 30.3 peratus atau 6.1 juta penduduk manakala kadar obesiti pula meningkat dari 15.1 peratus pada 2011 ke 17.7 peratus pada tahun 2015," katanya.

Mengenai MoA itu, Dr Noor Hisham berkata, kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam dan MS New Symphony Exercise Clinical Sdn Bhd membangunkan Klinik

Artikel Berkaitan:

Senaman, bertujuan mengurangkan risiko pesakit NCD.

Katanya melalui klinik itu yang telah dibangunkan Kuala Ketil, Kedah, pesakit klinik kesihatan di daerah itu yang dikesan berisiko NCD akan dirujuk kepada Klinik Senaman.

"Individu berkenaan akan diberikan senaman sesuai oleh ahli terapi mengikut faktor risiko dengan tempoh program senaman berjalan selama kira-kira enam bulan hingga setahun," katanya. -Bernama