Lelaki didakwa bunuh pengawal keselamatan

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan membunuh seorang pengawal keselamatan di Taman Belimbing Height pada 30 Julai lalu.

Tertuduh, Muhammad Hafiy Abdullah, 33, mengangguk faham sejurus kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mahyun Yusoff.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas M Yogeswaran di hadapan pos pengawal (pintu masuk) Taman Belimbing Height pada jam 3.10 pagi, 30 Julai lalu.

Dengan itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Nur Amirah Syed Ahmad Yunus, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 10 September depan sebagai sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan: