Kenapa Fuziah tak sebut PH terima RM175 juta dari Lynas?

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh didakwa tidak jujur ketika memberi alasan mengapa operasi kilang nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas) di Gebeng masih diteruskan sehingga kini.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa, Fuziah menyembunyikan beberapa kebenaran fakta berhubung perkara itu.

"Akhirnya Fuziah memberi alasan kenapa Lynas diteruskan dan dibenarkan untuk simpan sisa buangan mereka di Malaysia buat selama-lamanya. Tapi, apa yang Fuziah tak sebut ialah kerajaan PH telah menerima bayaran RM175 juta dari Lynas baru-baru ini.

"Oleh itu, lesen Lynas dilanjutkan dan Lynas mungkin dibenarkan untuk buang sisa-sisa mereka ke dalam bekas kolam lombong.Kenapa tak sebut duit Lynas sudah masuk? katanya yang dipetik menerusi kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Mengulas lanjut, Najib berkata Fuziah banyak memberi alasan yang mengarut bagi mempertahankan hujahnya.

"Alasan dia ialah kerana Bon Samurai. Dia kata kerajaan dahulu terlalu banyak hutang.Oleh itu, kerajaan PH terpaksa meminjam Bon Samurai sebanyak RM7.3 bilion awal tahun ini.

"Kerana itu, negara kita sekarang dipaksa dan dikuasai oleh Jepun yang tidak ingin Lynas dihentikan untuk mengelakkan industri pembuatan di Jepun lumpuh.Seolah-olah negara kita telah dijual kepada Jepun dan kini kita menjadi tanah jajahan Jepun sekali lagi," katanya.

Jelas Najib dalam hal ini, tiada siapa yang paksa Malaysia meminjam dari Jepun.

Artikel Berkaitan:

"Selama ini, kerajaan BN masa saya PM tidak pernah pinjam dari Jepun. Dulu masa PM ke-4, kita banyak pinjam dari Jepun sehingga hutang asing kita melambung apabila nilai Yen naik berkali ganda.Tapi kerajaan BN masa saya sudah melunaskan kebanyakan hutang ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Lynas: Kerajaan tersepit kerana pinjaman Jepun, kata Fuziah

Sebelum ini terkesan dengan kritikan negatif rakyat Malaysia, Fuziah menjelaskan situasi sebenar berhubung operasi Lynas.

Beliau berkata, kerajaan tersepit berhubung isu Lynas kerana pihak yang mendapat manfaat daripada hasil nadir bumi diproses di kilang tersebut ialah Jepun.

Pada masa sama katanya, Jepun adalah negara yang meminjamkan wang kepada Malaysia dalam bentuk Bon Samurai.

Fuziah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini merupakan antara yang lantang mengkritik Lynas dan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai punca hutang negara terlalu tinggi sehingga menekan negara meminjam wang daripada Jepun.