'Raja Ular' parah dipatuk tedung selar

Muhammad Hafiz kini menerima rawatan di Unit Pemerhatian Rapi dan Kecemasan (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) selepas dipatuk ular semalam.
Muhammad Hafiz kini menerima rawatan di Unit Pemerhatian Rapi dan Kecemasan (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) selepas dipatuk ular semalam.
A
A
A

ALOR SETAR - 'Raja Ular Perlis' parah akibat dipatuk seekor ular jenis tedung selar ketika sedang memberi makan kepada reptilia itu di tempat kerjanya di Taman Ular dan Reptilia Batu Pahat, Kangar di sini semalam.

Muhammad Hafiz Alias, 26, kini sedang menerima rawatan di Unit Pemerhatian Rapi dan Kecemasan (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) selepas ditahan di wad itu selepas diserang reptilia itu pada bahagian atas lutut kirinya.

Pemangku Pengurus Taman Ular dan Reptilia Batu Pahat, Ariffin Baharom berkata, dia menerima laporan berhubung Muhammad Hafiz diserang ular kira-kira jam 3.30 petang itu daripada kakitangan.

Menurutnya, beliau difahamkan Muhammad Hafiz masuk ke dalam sangkar untuk memberi ular jenis tedung selar itu makan mengikut jadual sebelum dipatuk ular tersebut.

Muhammad Hafiz menunjukkan kemahirannya bermain dengan ular.
Muhammad Hafiz menunjukkan kemahirannya bermain dengan ular.

"Muhammad Hafiz terus memaklumkan kepada rakan sekerjanya sebaik dipatuk ular berkenaan sebelum dia dihantar ke HTF dengan menaiki kenderaan syarikat petang semalam.

"Kemudiannya dia pengsan dan tidak sedarkan diri sejurus sampit di unit kecemasan sehingga dimasukkan ke dalam wad," katanya.

Menurut Ariffin, dia masih menunggu laporan penuh berhubung kejadian menimpa kakitangannya.

Artikel Berkaitan:

"Malam tadi, saya dapati Muhammad Hafiz menunjukkan perkembangan positif ketika melawatnya," katanya.

Katanya, dia tidak bergerak langsung sebaik pengsan, namun mula menunjukkan sedikit pergerakan hari ini.

Ariffin berkata, beliau berharap Muhammad Hafiz segera sembuh.

Katanya, kejadian petang semalam merupakan kejadian kali kedua menimpa kakitangan Taman Reptilia dan Ular Batu Pahat itu.

"Jadi, saya minta mana-mana pihak di luar sana, yang mana jikalau tidak memiliki pengetahuan asas berkaitan reptilia ini supaya tidak terlalu ghairah untuk bermain dengan ular," katanya.