Wanita racun teman lelaki, dibiar dipatuk ular hingga maut

Arya (tengah) ditahan polis selepas didakwa membunuh teman lelakinya. - Agensi
Arya (tengah) ditahan polis selepas didakwa membunuh teman lelakinya. - Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Seorang wanita di utara India didakwa menjadi dalang pembunuhan teman lelakinya dengan menambah racun dalam minuman sebelum menggunakan ular berbisa untuk membunuhnya.

Suspek, Mahi Arya dikatakan sedang dilamun cinta dengan kekasih baharunya dan merancang kematian teman lelaki 'lama' selepas mendapat idea dalam siri televisyen 'Crime Patrol'.

Arya juga didakwa bekerjasama dengan seorang pawang ular untuk laksanakan rancangan jahatnya untuk membunuh kekasihnya, Ankit Chauha yang berumur 32 tahun.

Menurut siasatan polis, wanita itu mengumpan Chauhan ke rumahnya dan memasukkan racun dalam arak sebelum membiarkan ular tedung mematuk lelaki itu.

Katanya, mangsa didapati tidak sedarkan diri akibat minum racun serta dipatuk ular dan kemudian meninggal dunia selepas itu.

Sumber berita tempatan mendakwa kekasih baharu Arya, Teep Kandpal turut bersubahat dalam pembunuhan licik tersebut.

Kandpal juga didapati dibantu wanita lain untuk merealisasikan rancangan jahat mereka.

Malah, wanita itu didapati mengupah pawang ular dengan harga 10,000 rupee (RM550) dan menjemput Chauhan ke rumahnya.

Mayat Chauhan ditemui pada 15 Julai lalu selepas disorokkan dibelakang kereta yang terletak kira-kira dua blok perumahan dari lokasi kejadian. - Agensi