Padah buat aksi 'wheelie', 'superman'

Antara aksi bahaya yang dilakukan sekumpulan remaja dan berjaya ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan di ibu negara.
Antara aksi bahaya yang dilakukan sekumpulan remaja dan berjaya ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan di ibu negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keangkuhan sekumpulan mat rempit menunggang motosikal secara berbahaya dengan aksi 'wheelie' dan 'superman' mengundang padah apabila dicekup dalam Op Samseng Jalanan di dua lokasi di ibu negara, awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya berkata, dalam operasi selama dua hari itu, seramai lapan remaja ditahan kerana menunggang dengan aksi bahaya.

"Dalam operasi hari pertama di Dataran Merdeka bermula jam 1 pagi, lima lelaki berusia 15 hingga 19 tahun kerana menunggang secara bahaya dengan mempamerkan aksi 'wheelie'.

"Semakan mendapati, dua remaja terbabit masih bersekolah, manakala tiga lagi bekerja di sektor swasta," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Antara aksi bahaya yang dilakukan sekumpulan remaja dan berjaya ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan di ibu negara.
Antara aksi bahaya yang dilakukan sekumpulan remaja dan berjaya ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan di ibu negara.

Susulan itu, dalam operasi kedua di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) bermula jam pagi 1 pagi tadi, tiga remaja berusia 18 hingga 21 tahun berjaya ditahan selepas melakukan aksi 'wheelie' dan 'superman'.

Zulkifly berkata, kesemua tangkapan ini kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

Katanya, semakan terhadap lapan lelaki terbabit mendapati empat daripada mereka dikesan tidak mempunyai lesen memandu.

Artikel Berkaitan:

"Antara kesalahan lain yang dikesan adalah membuat pengubahsuaian ekzos, tayar kecil, tiada nombor pendaftaran dan tiada cermin sisi," katanya.

Tambahnya, operasi sebegini akan terus dijalankan dalam usaha membanteras kegiatan samseng jalanan yang boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.