Jangan jadi mangsa keldai akaun

Nadzim menjadi panel dalam program Jom Sarapan Nasi Lemak Kopi O @ PZ cafe Western Food Keramat, di sini hari ini.
Nadzim menjadi panel dalam program Jom Sarapan Nasi Lemak Kopi O @ PZ cafe Western Food Keramat, di sini hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Memberikan maklumat akaun berserta nombor pin kepada pihak ketiga adalah risiko menjadi mangsa penipuan mule account (keldai akaun).

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sindiket tersebut memberi kesan kepada mangsa yang berdepan tindakan undang-undang, dipenjarakan serta akaun dibekukan.

Menurutnya, pihaknya sedang cuba mengetengahkan isu sistem perundangan yang perlu dikaji semula memandangkan kes tersebut melibatkan penganiayaan.

“Sama seperti kawan yang membawa kereta kita dan kena saman. Bukan dia kena saman tetapi kita yang kena saman sebab itu kereta kita.

Nadzim (tiga dari kiri) meluangkan masa hampir dua jam berkongsi kaedah penipuan digunakan scammer dan ah long bagi memperdaya mangsa pada program Jom Sarapan Nasi Lemak Kopi O @ PZ cafe Western Food Keramat, di sini hari ini.

“Ada kes yang kita terima di mana orang kurang upaya (OKU) yang terpaksa dimasukkan ke dalam penjara selama 255 hari berikutan adiknya yang juga bekas penagih menjual kad bank kepada orang lain," katanya pada program Jom Sarapan Nasi Lemak Kopi O @ PZ cafe Western Food Keramat, di sini hari ini.

Katanya, pihaknya telah membawa perkara itu kepada Ketua Polis Negara, Bank Negara serta pejabat Peguam Negara bagi melihat semula pelaksanaan perundangan.

Keldai akaun merupakan akaun milik individu yang telah disalah guna oleh sindiket penipuan atau scammer bagi menjalankan sebarang transaksi tanpa atau diketahui oleh pemilik.

Artikel Berkaitan:

Kebanyakan dalang kegiatan jenayah siber ini adalah warga asing yang menggunakan orang tempatan sebagai 'orang tengah' bagi mendapatkan akaun untuk transaksi pemindahan wang melalui akaun.