Buku latihan Bestari Karangkraf laku ‘keras’

Buku Kerja dan Latihan terbitan Bestari Karangkraf antara pilihan buku yang sesuai untuk anak-anak.
Buku Kerja dan Latihan terbitan Bestari Karangkraf antara pilihan buku yang sesuai untuk anak-anak.
A
A
A

SHAH ALAM - Dalam banyak-banyak jenis buku di bawah Grup Buku Karangkraf, Bestari Karangkraf antara yang mendapat sambutan pada Jualan Gudang Pertengahan Tahun Karangkraf yang bermula sejak 26 Julai lalu.

Pengurus Besar Jualan Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd, Izzat Izhar Muhammad Nasir berkata, sambutan amat memberangsangkan dan antara empat kategori buku latihan dan akademik yang dipamerkan sudah pun susut.

“Tak sangka orang seramai ini dan banyak juga buku Bestari Karangkraf susut terutama buku latihan untuk pra sekolah, sekolah rendah, menegah dan sekolah rendah agama.

“Paling laku buku sekolah rendah kerana ramai ibu bapa membeli pakej empat buah dengan harga RM12.

"Ramai juga dapatkan pakej diskaun menarik iaitu beli lima buku latihan terbitan 2018 dengan harga RM10,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di jualan gudang di Kompleks Karangkraf di sini semalam.

Izzat menunjukkan antara buku latihan yang ditawarkan pada harga sangat berbaloi iaitu lima buku RM10.
Izzat menunjukkan antara buku latihan yang ditawarkan pada harga sangat berbaloi iaitu lima buku RM10.

Lebih menarik jualan gudang kali ini kata Izzat, pihaknya turut melancarkan buku Revisi Grafik Genius Sains untuk Tahun Satu, Dua dan Tiga yang sangat menarik untuk dimiliki terutama bagi anak-anak memahami subjek sains.“Peta Minda Sejarah Tingkatan Empat dan Lima juga dilancarkan di jualan gudang kali ini.

“Daripada sambutan itu, boleh dilihat bahawa ibu bapa berminat pada bahan bacaan lebih interaktif dan mudah difahami untuk anak-anak di samping harga yang berbaloi untuk dimiliki,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Kandungan buku Riversi Grafik Genius Sains untuk Tahun 1,2 dan 3 yang sangat menarik untuk dijadikan rujukan anak-anak.
Kandungan buku Riversi Grafik Genius Sains untuk Tahun 1,2 dan 3 yang sangat menarik untuk dijadikan rujukan anak-anak.

Mengulas mengenai kelebihan buku-buku Bestari Karangkraf, Izzat berkata, kesemua buku dihasilkan oleh pihak yang punyai pengalaman dan pengetahuan luas dalam subjek yang diajar.

“Kita ada penulis yang terdiri daripada penyedia kertas peperiksaan, guru pakar bidang untuk setiap subjek termasuk guru yang masih mengajar.

“Proses menyunting pula amat ketat sebelum sesebuah buku itu boleh dipasarkan bagi menjamin kualiti dan kesalahan yang minimum pada buku tersebut,” katanya.

Buku yang mendapat sambutan daripada ibu bapa untuk rujukan anak-anak.
Buku yang mendapat sambutan daripada ibu bapa untuk rujukan anak-anak.

Lebih menarik, kata Izzat ialah program Be a Grammer Champion in 1 Hour yang diadakan pada Sabtu dan Ahad ini iaitu dua hari terakhir sebelum jualan gudang menutup tirai yang menampilkan Cikgu Norhaizan Mahussin yang juga penulis My Yellow Book terbitan Bestari Karangkraf.

“Beliau akan berkongsi cara memahami dan membetulkan grammar Inggeris anda dengan tip yang mudah.

“Program tiga sesi setiap hari akan membuka penyertaan kepada 60 peserta terawal terdiri daripada kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang ingin belajar mengenainya. Jangan lepaskan peluang untuk mendaftar awal,” katanya.