Dua pengarah syarikat MonSpace tidak mengaku tiga tuduhan amla

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua pengarah syarikat pelaburan multinasional MonSpace sekali lagi dihadap ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini hari ini, atas tiga pertuduhan menggunakan akaun bank syarikat itu sebagai 'alat' pengubahan wang haram, tiga tahun lalu.

Datuk Seri Lai Chai Shuang, 49 dan Chai Ling Mooi, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Zamri Bakar.

Mengikut semua pertuduhan, mereka didakwa telah menggunakan tiga akaun bank milik syarikat Mon Space (M) Sdn. Bhd. sebagai peralatan pengubahan wang haram yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Kedua-dua wanita itu didakwa melakukan perbuatan tersebut masing-masinh di Public Bank Berhad, Maybank dan Rhd Bank sekitar Kuala Lumpur antara 6 Jun 2016 dan 24 Julai tahun lalu.

Dakwaan terhadap mereka dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Farid Ahmad Kamil mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan dibaca bersama Seksyen 87(1)(a) akta sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau peralatan kesalahan atau RM5 juta mengikut yang mana lebih tinggi.

Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM100,000 bagi setiap tertuduh, dan tidak dibantah peguam Andy Yong Kim Seng yang mewakili kedua-dua tertuduh.

Mahkamah kemudian membenarkan Chai Suang Ling Mooi diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin.

Artikel Berkaitan:

Kes ditetapkan untuk sebutan pada 6 September ini.

Kedua-dua tertuduh bersama seorang lagi individu pada 8 Mei lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mempromosi dan menjalankan perniagaan jualan langsung tanpa lesen Skim Piramid, tahun lalu.