Buruh binaan peluk kanak-kanak di kedai serbaneka didakwa

Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini. - Foto Bernama
Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SELAYANG - [VIDEO] Seorang buruh binaan warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang, di sini hari ini kerana memeluk seorang kanak-kanak perempuan yang rakaman perbuatan itu tular di media sosial baru-baru ini.

Tertuduh yang bernama Aris, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal bagi maksud seksual dengan memeluk kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di sebuah kedai serbaneka di Bandar Country Homes, Rawang, jam 6.19 petang pada 10 Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis buru lelaki cabul budak dalam kedai

Lelaki pedofilia ditangkap polis

Dakwaan bagi kesalahan itu dikemukakan mengikut Seksyen14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M Arunjothy tidak menawarkan jaminan ke atas tertuduh memandangkan dia bukan seorang warganegara.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 4 September ini untuk sebutan kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.

Artikel Berkaitan:

Dalam video berdurasi 51 saat yang tular awal bulan lalu, lelaki tersebut dilihat menghampiri kanak-kanak tersebut bersama adiknya lalu memeluk kanak-kanak tersebut dari arah belakang.

Perbuatan itu dilakukan dua kali menyebabkan mangsa yang sedang melihat barangan di kedai tersebut terkejut dan melarikan diri.



Buruh binaan peluk kanak-kanak di kedai serbaneka didakwa

Buruh binaan peluk kanak-kanak di kedai serbaneka didakwa Seorang buruh binaan warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang, di sini hari ini kerana memeluk seorang kanak-kanak perempuan yang rakaman perbuatan itu tular di media sosial baru-baru ini. Berita penuh di https://bit.ly/2YhDhXj Untuk lebih banyak bahan menarik, jangan lupa klik di Bio link kami di linktr.ee/sinarharian

Posted by Sinar Harian on Thursday, August 1, 2019