Bilik suis elektrik SK Taman Sri Pulai terbakar

Bilik suis elektrik yang terbakar tengah hari tadi.
Bilik suis elektrik yang terbakar tengah hari tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sri Pulai di sini gempar apabila bilik suis elektrik di tingkat tiga blok bangunan sekolah berkenaan terbakar tengah hari tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Zon Satu Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia Johor, Penguasa Kanan Bomba II Faizol Selamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.55 tengah hari.

“Tiga jentera membabitkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai bergegas ke tempat kejadian.

“Satu jentera membabitkan empat anggota dari BBP Pekan Nenas turut memberi bantuan dalam operasi ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anggota bomba menjalankan kerja-kerja menyelamat di tingkat tiga blok bangunan sekolah berkenaan.
Anggota bomba menjalankan kerja-kerja menyelamat di tingkat tiga blok bangunan sekolah berkenaan.

Faizol menambah, kebakaran itu turut melibatkan makmal sains yang terletak di sebelah bilik suis tersebut.

“Pihak bomba membuat pemeriksaan di atas syiling makmal berkenaan untuk memastikan tiada punca api lagi.

Artikel Berkaitan:

“Ketika kejadian, terdapat murid berada di makmal sains tersebut, bagaimanapun kesemuanya sempat menyelamatkan diri dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Beliau berkata, punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

“Operasi berjaya ditamatkan kira-kira jam 2.30 petang,” katanya.

Syiling makmal sains SK Taman Sri Pulai diperiksa untuk memastikan tiada punca api lagi.
Syiling makmal sains SK Taman Sri Pulai diperiksa untuk memastikan tiada punca api lagi.