Kilang nafi keluar memo larang pekerja Islam solat

Sebuah kilang di Klang menafikan pihaknya mengeluarkan memo melarang pekerja Islam solat ketika waktu bekerja seperti yang tular di media sosial
Sebuah kilang di Klang menafikan pihaknya mengeluarkan memo melarang pekerja Islam solat ketika waktu bekerja seperti yang tular di media sosial
A
A
A

KLANG - Sebuah kilang di Kapar di sini menafikan dakwaan pihaknya melarang pekerja Islam menunaikan ibadat solat ketika waktu bekerja.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, wakil pejabatnya menghubungi kilang tersebut selepas mengetahui tentang satu memo yang tersebar di media sosial.

Menurutnya, pihak kilang menafikan memo yang tersebar itu dikeluarkan mereka.

“Saya minta pihak syarikat lapor polis sekiranya benar ini satu sabotaj seperti yang didakwa,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Mohd Fakhrulrazi, beliau tidak akan memberi muka kepada pihak yang tidak menghormati dan menafikan hak umat Islam di negara ini.

“Saya berjanji tidak akan berdiam diri sekiranya perkara ini berlaku. Tindakan tegas akan diambil,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kilang denda pekerja Islam solat

Terdahulu, sebuah kilang di Kapar didakwa melarang pekerjanya menunaikan ibadat solat ketika waktu bekerja.

Tindakan kilang yang beroperasi di Taman Perindutrian Sungai Kapar itu dibuat melalui sepucuk memo bertarikh 30 Julai yang kini tular di media sosial.

Artikel Berkaitan: