Peningkatan kos punca yuran UTM naik

'Yuran UTM naik mendadak, bebankan mahasiswa'
'Yuran UTM naik mendadak, bebankan mahasiswa'
A
A
A

SHAH ALAM - Kenaikan yuran perkhidmatan bagi kemasukan pelajar baharu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi sesi Februari 2020 dibuat berdasarkan kajian penanda aras antara universiti tempatan, kos pelaksanaan semasa serta peningkatan kos perkhidmatan yang melibatkan kos kira-kira RM50 juta setahun.

Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM melalui satu kenyataan berkata, kenaikan itu hanya melibatkan pelajar baharu Semester 2 untuk 2019/2020, manakala pelajar kanan atau pelajar yang telah mendaftar pada semester sebelumnya tidak terlibat dalam pekeliling terbaharu itu.

“Untuk makluman, universiti (UTM) tidak pernah menaikkan yuran aktiviti pelajar dan yuran klinik mahasiswa sejak lebih 20 tahun lepas iaitu dari tahun 1995. Yuran kemudahan kemudahan sukan juga tidak pernah dikenakan kepada pelajar,” kata kenyataan itu.

Kenyataan berhubung kenaikan yuran perkhidmatan yang dimuatnaik di laman web UTM
Kenyataan berhubung kenaikan yuran perkhidmatan yang dimuatnaik di laman web UTM

Sementara itu, wakil Pejabat Hal Ehwal Korporat ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan kenaikan yuran yang melibatkan kemasukan pelajar baharu Februari tahun 2020 itu.

Terdahulu, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Terengganu membantah sekeras-kerasnya kenaikan mendadak yuran UTM yang disifatkan membebankan mahasiswa.

Dalam surat pemakluman Kenaikan Yuran Perkhidmatan UTM yang rasmi dikeluarkan pada 9 Julai lalu, berlaku kenaikan 113 peratus daripada RM328 kepada RM700 untuk pelajar tempatan dan peningkatan sebanyak RM435 kepada pelajar antarabangsa.

Malah, perincian yuran pelajar untuk semester 1 sesi 2019/2020 tidak dinyatakan dalam MyUTM dan yuran ini akan dikenakan kepada kemasukan mahasiswa Februari sesi 2019/2020 dan seterusnya.

ARTIKEL BERKAITAN 'Yuran UTM naik mendadak, bebankan mahasiswa'

Artikel Berkaitan: