Kerajaan pilih kasih isu orang asli: Hamidah

HAMIDAH
HAMIDAH
A
A
A

IPOH - Kerajaan Persekutuan disifatkan pilih kasih dalam isu membabitkan orang asli di negara ini.

Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman berkata, dalam isu tanah adat orang asli, kerajaan Persekutuan dengan pantas mengemukakan saman ke atas Kelantan tetapi sebaliknya di Perak.

Menurutnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy dilihat berlembut dengan Kerajaan Perak dalam isu saman malah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dengan tegas menyatakan tiada istilah tanah adat untuk orang asli di Perak seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

"Kita sendiri keliru polisi sebenar kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap orang asli kerana tindakan berbeza dikenakan terhadap negeri-negeri yang berdepan isu tanah adat ini.

"Apakah salah menteri yang tidak memahami Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri atau menteri besar yang tidak memahami polisi kerajaan Persekutuan terhadap orang asli ?" katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahmad Faizal semalam yang menjelaskan tiada istilah tanah adat diperuntukkan kepada mana-mana kaum di negeri ini seperti termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Hamidah berkata, kerajaan perlu memberikan penjelasan sebenar tentang perkara tersebut supaya golongan pribumi seperti orang asli tahu status sebenar tanah adat yang diperjuangkan selama ini.

Beliau berkata, tanah adat merupakan antara isu berkaitan kebajikan untuk masyarakat pribumi khususnya orang asli di negara ini.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun katanya, Malaysia Baharu yang dilaung-laungkan tidak mencerminkan keadaan sebenar apabila kerajaan hanya memilih bulu dalam mengambil tindakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada istilah tanah adat di Perak: MB