Romantiknya Agong, Permaisuri saling pegang tangan

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara hari ini. -Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Momen ketika Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cuba menarik tangan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar mereka saling berpegangan tangan ketika istiadat Pertabalan Agong Ke-16 di Istana Negara hari ini menarik perhatian netizen.

Rata-rata netizen yang melihat gelagat itu menyifatkannya sebagai sangat mesra dan beranggapan baginda berdua begitu comel.

"Bila isteri marah apasal tak pegang tangan masa jalan," demikian ciap Hermy Rahim ketika berkongsi rakaman video berkenaan menerusi Twitternya.

Gelagat itu dirakam menerusi siaran langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena istiadat tersebut yang berlangsung di Istana Negara.

Sementara menurut Dalila mastor pula, berkata gelagat itu sangat menyentuh hatinya.

"Sebelum ini nampak permaisuri cuba pegang tangan, tapi tak dapat. Sampai moment ni 'we were laughing' gila macam 'hah nak pegang sangat kan', sangat cute," ciapnya di Twitternya.

Istana Negara hari ini menyaksikan satu lagi peristiwa penting dalam lipatan sejarah tanah air apabila Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam istiadat yang berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat Raja-Raja Melayu.

Istiadat gilang-gemilang yang mengangkat kedaulatan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Negara itu bermula tepat 10.45 pagi ini sebaik Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat masuk ke Balairung Seri, Istana Negara bagi memulakan istiadat.

Al-Sultan Abdullah, melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari lalu bagi menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan berkenaan 6 Januari lalu.

Seri Paduka yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Januari menggantikan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada 24 Januari.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia