Suami isteri cedera motosikal dilanggar lori

Lori muatan tanah yang terbabas sebelum melanggar van dan motosikal dinaiki sepasang suami isteri.
Lori muatan tanah yang terbabas sebelum melanggar van dan motosikal dinaiki sepasang suami isteri.
A
A
A

HULU LANGAT - Sepasang suami isteri cedera selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar sebuah lori bermuatan tanah berdekatan Masjid Batu 14, Jalan Hulu Langat, malam tadi.

Kejadian membabitkan tiga kenderaan itu turut menyebabkan tiang elektrik dilanggar tumbang menyembah bumi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 10.03 malam.

Menurutnya, sepasukan enam anggota bomba dari Balai Bomba Penyelamat Ampang tiba di lokasi 22 minit kemudian.

"Kemalangan melibatkan sebuah lori muatan tanah terbabas lalu melanggar van dan motosikal dinaiki sepasang suami isteri.

"Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: