Waris bayi perempuan dicari

Waris bayi perempuan yang ditinggalkan di Ipoh dicari bagi membantu urusan dokumentasi.
Waris bayi perempuan yang ditinggalkan di Ipoh dicari bagi membantu urusan dokumentasi.
A
A
A

IPOH - Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kinta Perak meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan ibu bapa kandung atau waris kepada bayi perempuan berusia hampir dua bulan.

Pelindung Kanak-Kanak PKMD Kinta, Nur Adilah Hambali berkata, waris bayi berkenaan dicari bagi membantu urusan dokumentasi.

"Bayi ini ditinggalkan di Ipoh pada 3 Jun lalu selepas dilahirkan.

"Ibu kandungnya tidak dapat dikenal pasti identitinya dan bayi ini ditempatkan di bawah jagaan institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat buat sementara waktu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau waris bayi berkenaan boleh tampil atau berhubung PKMD Kinta di talian 05-2410986.

Artikel Berkaitan: