Ops Motosikal Ambang Krismas: 348 saman dikeluarkan

Salah seorang pemandu yang diperiksa menerusi Ops Mabuk Ambang Krismas, awal pagi tadi.
Salah seorang pemandu yang diperiksa menerusi Ops Mabuk Ambang Krismas, awal pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sejumlah 348 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur menerusi Ops Motosikal Ambang Krismas di tiga lokasi tumpuan di sekitar ibu negara, malam tadi.

Operasi bermula jam 10 malam hingga 12.30 tengah malam itu melibatkan di sekitar Jalan Bangsar, Jalan Pahang dan Jalan Genting Kelang.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, sebanyak 127 saman dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen memandu dan lesen memandu tamat tempoh.

Sementara 41 saman dikeluarkan atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh.

"Kalau dilihat kesalahan tiada lesen masih menunjukkan angka yang tinggi setiap kali operasi dibuat dan trend ini menunjukkan penunggang motosikal berdepan risiko dalam pemandu mereka serta membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Ops Mabuk Ambang Krismas di Jalan Davis, awal pagi tadi.
Ops Mabuk Ambang Krismas di Jalan Davis, awal pagi tadi.

“Selain dua kesalahan itu, ada penunggang disaman kerana motosikal tiada cermin sisi dan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan serta tidak pamer 'P' dan 'L'," katanya.

Sementara itu, dalam operasi berasingan, JSPT turut menahan dua pemandu didapati memandu di bawah pengaruh alkohol menerusi Ops Mabuk Ambang Krismas.

Artikel Berkaitan:

Ops bermula kira-kira jam 2 pagi itu dilaksanakan di tiga lokasi iaitu Jalan Davis, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Klang Lama.

"Kita memberi tumpuan di laluan berhampiran dengan kawasan pusat-pusat hiburan malam memastikan tiada pemandu yang memandu kenderaan bawah pengaruh alkohol. Pemeriksaan dibuat bagi memastikan dos alkohol yang diambil berada pada tahap yang selamat untuk memandu.

"Dua yang ditahan bawah Sekseyn 45(a) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan seksyen 45(c) 1987 mereka akan di dakwa di mahkamah esok," katanya.