Kejutan saat akhir, Erdogan sambut Tun Mahathir di Ankara

Erdogan menyambut ketibaan Dr Mahathir di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga malam tadi. - Foto Chedet
Erdogan menyambut ketibaan Dr Mahathir di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga malam tadi. - Foto Chedet
A
A
A

ANKARA, Turki - Kehadiran Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyambut ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga di sini mengejutkan banyak pihak.

Ini kerana sambutan oleh Erdogan itu tidak tersenarai dalam jadual rasmi program Perdana Menteri Malaysia malam tadi.

Berdasarkan jadual program, kedua-dua pemimpin itu hanya akan mengadakan pertemuan empat mata dan menerima sambutan rasmi di Istana Presiden petang ini.

Difahamkan pertemuan di lapangan terbang itu dirancang pada saat-saat akhir.

“Presiden (Erdogan) sendiri mahu menyambut ketibaan Tun (Dr Mahathir) tetapi Presiden memberitahu akan sampai lewat sedikit,” kata seorang pegawai Perdana Menteri memetik laporan portal berita Harian Metro.

Erdogan menyambut ketibaan Dr Mahathir di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga malam tadi. - Foto Chedet
Erdogan menyambut ketibaan Dr Mahathir di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga malam tadi. - Foto Chedet

Pesawat khas membawa Dr Mahathir dan isteri, tiba di Ankara kira-kira jam 7.40 malam waktu tempatan (12.40 pagi waktu Malaysia).

Kira-kira 15 minit kemudian, pesawat khas yang membawa Erdogan, tiba di lapangan terbang sama dan kedua-kedua pemimpin kemudiannya mengadakan pertemuan singkat selama 20 minit di bilik kenamaan.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Dr Mahathir disambut Menteri Industri dan Teknologi Turki, Mustafa Varank dan Gabenor Ankara, Vasip Sahin.

Delegasi Malaysia turut disertai Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darrel Leiking.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tun M tiba di Ankara untuk lawatan rasmi empat hari ke Turki]