Sila log masuk terlebih dahulu.

Buku ‘Malaysia dan Seabad Tun Dr Mahathir Mohamad’ bakal diterbit dalam bahasa Melayu, Inggeris

07 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

Buku ‘Malaysia dan Seabad Tun Dr Mahathir Mohamad’ bakal diterbit dalam bahasa Melayu, Inggeris

BERITA SEMASA 7 JULAI 2023

Buat julung kalinya Grup Buku Karangkraf menerusi Alaf 21 Sdn Bhd (Alaf 21) bakal menerbitkan sebuah buku yang menampilkan seabad perspektif Negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Malaysia, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Firdaus Hussamuddin berkata, buku yang diberi judul Malaysia dan Seabad Tun Dr Mahathir Mohamad itu di dalam proses pengumpulan manuskrip dan akan diterbitkan di dalam bahasa Melayu dan kemudiannya diterjemah ke dalam bahasa Inggeris.

Firdaus berkata demikian dalam satu temubual eksklusif bersama Sinar Harian pada Khamis.

Artikel: https://go.sinar.la/3pEruRO

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian