Wanita UMNO Perak desak Exco digantung tugas

Dr Wan Norashikin
Dr Wan Norashikin
A
A
A
IPOH - Wanita UMNO Perak menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) Perak menggantung Exco Perak, Yong Choo Kiang daripada sebarang tugasan rasmi termasuk menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga kes pendakwaan rogol terhadapnya selesai.

Ketuanya, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, kehadiran Exco berkenaan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh ke sidang DUN Perak sejak kelmarin mengundang persoalan berkaitan maruah dan integriti Kerajaan PH Perak.

"Kerajaan PH Perak perlu lebih peka dan memandang serius terhadap tuduhan-tuduhan menyelubungi ADUN dari DAP ini.

"Wanita UMNO berpendapat, ADUN Tronoh tidak sepatutnya masuk ke dewan dan mengambil bahagian dalam sidang sehingga tamat siasatan polis di atas tuduhan beliau merogol seorang wanita iaitu pembantu rumah beliau," katanya kepada media di sini hari ini.
Artikel Berkaitan: