20 pelajar perempuan SMK Desa Cempaka diserang histeria

Ibu bapa membawa pulang anak mereka.
Ibu bapa membawa pulang anak mereka.
A
A
A

NILAI - Sesi perhimpunan pagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Cempaka, Nilai di sini gempar apabila seramai 20 pelajar perempuan secara tiba-tiba diserang histeria.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, seorang pelajar yang berada di dalam tandas dikatakan menjerit sebelum ditemui pengsan.

Suasana kemudian bertukar kecoh apabila pelajar lain pula yang menjerit sehingga sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) terpaksa dihentikan.

Sementara itu, seorang pelajar tingkatan tiga yang enggan dikenali berkata, kejadian histeria di sekolah itu berlaku sejak Jumaat lalu.