Warga asing bertempiaran lari tak berbaju

Beberapa warga asing cuba melarikan diri ke arah semak namun berjaya ditahan penguat kuasa.
Beberapa warga asing cuba melarikan diri ke arah semak namun berjaya ditahan penguat kuasa.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Beberapa warga asing bertempiaran melarikan diri tanpa memakai baju ke dalam semak ketika rumah sewa didiami mereka diserbu pihak penguat kuasa Imigresen, semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, pemeriksaan dijalankan di rumah sewa dan kilang kayu di daerah ini dipercayai tempat warga asing menginap dan bekerja.

Menurutnya, seramai sembilan warga asing berjaya ditahan hasil pemeriksaan dilakukan ke atas 69 pekerja itu.

"Kesemua yang ditahan terdiri dari lima warga Bangladesh dan empat warga Indonesia, berusia antara 20 hingga 68 tahun.

"Hasil pemeriksaan mendapati bukan sahaja mereka tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah tetapi keadaan bangsal yang dijadikan tempat memasak juga berada dalam keadaan kotor dan menjijikkan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(i)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Artikel Berkaitan: