Zaiedi Suhaili dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara

Dr Zaiedi Suhaili
Dr Zaiedi Suhaili
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Senator Dr Zaiedi Suhaili mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua, hari ini.

Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara Datuk S A Vigneswaran di Dewan Negara, di sini.

Zaiedi, 63, dari Kuching, Sarawak dilantik semula sebagai Senator bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini selepas tamat tempoh perkhidmatan pada 18 Julai baru-baru ini.

Pada 30 April lepas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sempena Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat DUN ke-18 sebulat suara melantik Zaiedi sebagai Senator bagi mengisi kekosongan tersebut.

Beliau pernah bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan dan Menteri Pertanian, menganggotai Ahli Lembaga Air Kuching dari 2007 hingga 2009 serta menjadi Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dari 1974 hingga 1985.

Selain itu, beliau juga aktif dalam politik dengan menjadi Timbalan Ketua Bahagian PBB Cawangan Tupong sejak 1996. - Bernama

Artikel Berkaitan: