Wawasan 2020 gagal angkara kerajaan terdahulu: Mahfuz

Mahfuz ketika sesi lawatan ke kilang MNFSB hari ini.
Mahfuz ketika sesi lawatan ke kilang MNFSB hari ini.
A
A
A

GURUN - Kegagalan negara mencapai Wawasan 2020 menunjukkan kerajaan terdahulu tidak serius dalam mengejar matlamat negara mencapai status negara maju.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar berkata, pemerintahan sebelum ini telah menyebabkan wawasan berkenaan tergelincir dari landasan dan memerlukan penjenamaan semula seperti yang dinyatakan oleh pengasasnya sendiri iaitu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Sudah pasti bahawa kegelinciran itu disebabkan pengurusan pentadbiran terdahulu yang cuba lari daripada landasan.

"Kalau pihak yang mengambil tanggungjawab, pemerintahan dahulu dia tidak bawa lari tergelincir daripada landasan makan sudah tentu kita mampu mencapai wawasan 2020," katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) sempena Program Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Peringkat Kebangsaan hari ini.

Mahfuz ketika sesi lawatan ke kilang MNFSB hari ini.
Mahfuz ketika sesi lawatan ke kilang MNFSB hari ini.

Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir bahawa Wawasan 2020 sudah agak tersasar dan memerlukan wawasan baharu yang boleh membawa negara dan rakyat kepada satu tahap kehidupan yang lebih baik.

Mahfuz yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata penjenamaan semula wawasan itu sangat penting termasuk menganjak masa bagi memastikan wawasan baharu dapat dicapai.

Katanya wawasan baharu itu perlu penambahbaikan dan imej baharu sejajar matlamat negara untuk mencapai Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Artikel Berkaitan:

"Soal nama wawasan itu soal kedua, yang penting kita perlu bentuk wawasan yang boleh dicapai, untuk capai Wawasan 2020 memang sudah mustahil kerana kita ada beberapa bulan lagi untuk ke tahun 2020," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Tun M mahu pimpinan henti bertelagah, rebut kuasa