X

Kindly register in order to view this article
!

Tun M mahu pimpinan henti bertelagah, rebut kuasa

Dr Mahathir bersalaman dengan sebahagian ahli PKR pada program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat PKR sesi 2018/2021, di sebuah hotel malam ini. -Foto Bernama
A
A

PORT DICKSON - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan kepada semua pimpinan parti komponen PH supaya berhenti bertelagah dan berebut kuasa antara satu sama lain.

Perdana Menteri itu berkata, sikap cuai dan leka boleh menyebabkan kehilangan kuasa yang akhirnya akan merugikan.

Katanya, pimpinan dalam PH perlu komited dan tidak hilang tumpuan dengan perkara sampingan yang tiada nilai kepada pembangunan negara.

“Kuasa yang diamanahkan oleh rakyat kepada kita adalah untuk memperbaiki apa yang sudah rosak dan memperbetulkan apa yang salah, tidak lebih dan tidak kurang dari itu.

“Kita juga perlu tanya kepada diri kita apakah kita akan terus mendapat mandat rakyat jika mereka melihat kita terus bertelagah kerana berebut kuasa,” katanya ketika berucap pada program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat PKR di sini, hari ini.

Tambahnya, kerajaan PH perlu bertekad bekerja seberapa mampu yang boleh untuk memajukan negara serta mempermudahkan hidup rakyat.

Katanya, banyak perkara yang perlu diselesaikan, malah banyak lagi janji yang belum lagi ditunai dan perlu dilaksanakan segera.

“Tugas kita bukan terhenti atau berakhir setiap kali pilihan raya umum diadakan, apabila kita merencanakan masa depan negara, ia harus berupaya melakar satu hala tuju melangkaui jangka masa yang panjang.

“Kerana itu, apabila kita sedar Wawasan 2020 sudah agak tersasar, kita mula memikirkan mengenai wawasan baharu yang boleh membawa negara dan rakyat kepada satu tahap kehidupan yang lebih baik.

“Ia memerlukan anjakan paradigma dan kita berasa perlu untuk memperkenalkan Wawasan Kemakmuran Bersama bagi mewujudkan rakyat yang bersatu tanpa prasangka.

"Oleh sebab itulah kita perlu bersatu dan bersama bergabung kekuatan kerana itu adalah kunci kejayaan sebenar," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!