Klang bakal jadi bandar rendah karbon pertama di negara

Yasid (kanan) bersama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian pada Majlis Perasmian Sistem GES di Hotel Premiere, semalam. - Foto Ihsan MPK
Yasid (kanan) bersama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian pada Majlis Perasmian Sistem GES di Hotel Premiere, semalam. - Foto Ihsan MPK
A
A
A

KLANG - Dalam usaha ke arah menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri pintar, Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengambil inisiatif bagi menghasilkan sistem Green Earth Smart (GES) MPKlang yang julung kali diwujudkan di negara ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Yasid Bidin berkata, pelaksanaan ini antara usaha bagi menuju ke arah bandar bebas karbon dengan mewujudkan sistem yang mampu merancang, mengukur, merekod, memantau dan menganalisis pelaksanaan serta pencapaian pelepasan bahan berkenaan.

Beliau berkata, inisiatif ini juga bukan sahaja merupakan sistem bandar rendah karbon pertama dibina malah ia turut menyediakan data perancangan lebih jelas.

"Sistem ini akan menyediakan data perancangan yang lebih jelas dan tepat. Malah menerusi sistem ini juga turut disediakan forum buat masyarakat awam untuk membincangkan berkaitan pelaksanaan rendah karbon di samping bertukar-tukar pendapat serta pandangan.

"Di samping itu juga, sistem ini telah mendapat beberapa pengiktirafan di peringkat antarabangsa," katanya ketika berucap pada Wacana Perbandaran Rendah Karbon Ke Arah Bandar Pintar (Smart City) Negeri Selangor 2019 yang berlangsung di Hotel Premiere semalam.

Mengulas lanjut, Yasid berkata, GES MPKlang mengandungi enam komponen utama iaitu maklumat asas, layer perancangan rendah karbon, pautan kepada sistem LCCF Track dan BCIS, ruang forum, album aktiviti serta data analisis pencapaian rendah karbon.

Beliau berkata, sistem ini juga telah didaftarkan dan merupakan hak cipta terpelihara di bawah nama MPK.

"MPK juga telah mula menerima permintaan daripada beberapa pihak berkuasa tempatan (PB) di Selangor dan negara ini yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perincian kaedah pembinaan sistem ini," katanya.

Artikel Berkaitan: