Nikmati kesegaran dalam teh LiHO Semporna Green Avocado bersama vivo Y36 5G

A
A
A

No Image Caption

KUALA LUMPUR - Susulan kejayaan perkongsian pintar dengan Tourism Malaysia, vivo Malaysia kini telah memulakan perkongsian baharu pula dengan jenama teh terkemuka Singapura, LiHO TEA dengan vivo Y36 5G Semporna Green.

Kerjasama yang menakjubkan ini telah melahirkan edisi terhad dan minuman eksklusif yang diberi nama Semporna Green Avocado.

Sebagai tawaran istimewa, pelanggan boleh menikmati promosi Beli 1 Percuma 1, yang mula di jual bermula 11 Ogos hingga 6 Oktober 2023.

Minuman Semporna Green Avocado adalah suatu penghormatan kepada warna Semporna Green yang meriah dan ia diinspirasikan dari destinasi pelancongan Sabah yang indah.

Minuman yang kaya dengan khasiat dan mengenyangkan ini secara harmoni menggabungkan dua elemen istimewa LiHO TEA - keju yang masin dan berperisa di atas adunan alpukat baldu.

Dihasilkan dengan avocado Mexico dan gula Melaka terbaik, minuman yang menyegarkan ini mencerminkan rona terang telefon pintar vivo Y36 5G seumpama tarikan menawan perairan laut Semporna yang berkilauan.

Artikel Berkaitan:

Untuk semua penggemar LiHO yang bersemangat, Semporna Green Avocado adalah wajib dicuba.

Untuk memanfaatkan promosi ini, hanya ikuti langkah berikut:

1. Ikuti mana-mana platform media sosial LiHO TEA

2. Tunjukkan mana-mana telefon pintar vivo kepada kakitangan LiHO TEA

3. Beli Semporna Green Avocado dan dapatkan secawan lagi secara percuma

Kini anda boleh menikmati promosi Beli 1 Percuma 1 untuk masa terhad ini di cawangan LiHO TEA terpilih:

- Pusat Membeli-belah LiHO TEA 1 Utama, FK-1B

- LiHO TEA Sunway Velocity Mall, Lot 2-35

- LIHO TEA SS2, No.90

- LiHO TEA Sutera Mall, Lot L2-605 & 606

- LiHO TEA R&F Mall, Lot G-071

Dilancarkan pada Jun 2023, vivo Y36 5G sememangnya telah menawan hati rakyat Malaysia, dengan ciri-ciri luar biasa seperti keupayaan 5G, storan 8+256GB, bateri 5000mAh+Caj Denyar 44W dan kamera Fun 50MP yang tahan lama.

Dengan harga mampu milik pada RM1099, ia terus menyerlah dalam kalangan pesaingnya sebagai pilihan yang digemari oleh pengguna dalam mencari kemampuan dan prestasi tinggi.

Kerjasama ini berfungsi sebagai jalan untuk mempamerkan lagi sifat dan keindahan cemerlang vivo Y36 5G kepada khalayak yang lebih luas.

Jangan lepaskan kerjasama eksklusif ini dan kunjungi kedai LIHO TEA terdekat anda untuk menikmati intipati Semporna Green Avocado, sambil menikmati promosi istimewa Beli 1 Percuma 1.

Untuk maklumat lanjut, nantikan Halaman Facebook rasmi vivo Malaysia.