Tiada halangan saya jadi PM kelapan: Anwar

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau mendapat sokongan padu daripada Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) untuk menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri kelapan.

Presiden PKR itu menangkis persepsi bahawa beliau bimbang kononnya terdapat gerakan untuk mengganggu gugat perjalanannya untuk menjadi Perdana Menteri kelapan.

Sehubungan itu, Anwar dengan tegas menafikan ura-ura kononnya Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR bakal menjadi ancaman yang menghalang dirinya menjawat jawatan nombor satu dalam pentadbiran negara itu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Saya ada tengok cermin pagi tadi, seloroh Anwar

28 pemimpin PKR tegur Anwar

“Biar saya beritahu ini, tiada isu pun (berhubung jawatan Perdana Menteri). PH tetap dengan pendirian, tiada perubahan. Saya bertemu Perdana Menteri untuk bermesyuarat setiap minggu, jadi perbincangan itu berjalan lancar.

“Apa isunya? Saya mempunyai jumlah (sokongan) dan daripada Perdana Menteri. Tidak adil untuk saya atau kepada Mohamed Azmin juga untuk menyatakan sebaliknya,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Anwar menerima baik ‘teguran’ 28 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) termasuk lima Ahli Parlimen PKR kerana menyifatkan kenyataan bersama yang dikeluarkan itu sebagai peringatan bagi memastikan parti berkenaan kembali bersatu.

“Saya terima baik pandangan dan ada berhubung dengan sebahagian daripada mereka. Mereka dah katakan maksud kenyataan itu adalah untuk memastikan parti ini tidak kelihatan tak terlalu tegang.

“Mereka beri peringatan itu supaya keadaan dan parti boleh kembali bersatu. Saya terima baik pandangan disebabkan mereka katakana kenyataan itu tidak langsung mempertikaikan kewibawaan Presiden dan saya hargainya,” katanya.