Siasatan kes video tiada campur tangan mana-mana pihak: KPN

Abdul Hamid disambut Zulkifli dalam lawatan rasmi pertamanya di Maskas Angkatan Tentera Malasia di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur di sini hari ini. - Foto ZAHID IZZANI
Abdul Hamid disambut Zulkifli dalam lawatan rasmi pertamanya di Maskas Angkatan Tentera Malasia di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur di sini hari ini. - Foto ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan tiada sebarang campur tangan mana-mana pihak dalam siasatan video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya menjalankan siasatan secara telus dan profesional.

"Kami tidak menerima apa-apa tekanan atau arahan daripada mana-mana pihak dan perkara ini amat jelas.

"Kami menyiasat perkara itu tanpa rasa takut atau bimbang. Siasatan kes ini dibuat mengikut prosedur operasi standard," katanya selepas mengadakan lawatan pertamanya ke Markas Angkatan Tentera Malaysia di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Lawatan Abdul Hamid disambut Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Abdul Hamid (tengah) hadir dalam lawatan rasmi pertamanya di Maskas Angkatan Tentera Malasia di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur di sini hari ini. - Foto ZAHID IZZANI
Abdul Hamid (tengah) hadir dalam lawatan rasmi pertamanya di Maskas Angkatan Tentera Malasia di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur di sini hari ini. - Foto ZAHID IZZANI

Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Mohd Khalil Kader Mohd; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Dalam pada itu, mengulas berkenaan dakwaan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal tidak diberi sebarang makanan hampir 24 jam sejak ditahan, Abdul Hamid menafikannya.

Artikel Berkaitan:

"Itu tidak benar," katanya.

Terdahulu, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.dan Farhash Wafa antara lapan individu yang ditahan reman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung video terbabit.

Kesemua mereka itu ditahan dalam tangkapan berasingan di sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru bermula Ahad lalu.