Polis buru dua peragut

Rakaman CCTV memaparkan dua lelaki menaiki motosikal meragut rantai leher mangsa yang sedang berjalan menuju ke pintu masuk pasar raya di Semenyih, semalam. - Foto: Ihsan pembaca
A
A

SEMENYIH - Polis giat memburu dua lelaki bermotosikal yang meragut rantai leher seorang wanita di sebuah pasar raya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.50 pagi.

Katanya, mangsa secara tiba-tiba dihampiri dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang kemudian bertindak meragut lantai lehernya.

"Laporan polis telah dibuat mangsa berusia 50-an itu.

"Siasatan masih dijalankan dan usaha menjejak kedua-dua suspek lelaki terbabit giat dilakukan. Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dimuat dimuat naik di laman sosial Facebook, hari ini.

Video berdurasi lapan saat itu memaparkan dua lelaki menaiki motosikal meragut rantai leher mangsa ketika dia sedang berjalan menuju ke pintu masuk pasar raya berkenaan bersama seorang lelaki.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia