OBUA di Tapah tingkat latihan tentera darat

Azizan yakin keupayaan pasukan infantri dalam peperangan di kawasan terbina dapat ditingkatkan melalui latihan agresif.
Azizan yakin keupayaan pasukan infantri dalam peperangan di kawasan terbina dapat ditingkatkan melalui latihan agresif.
A
A
A

TAPAH - Keupayaan pasukan infantri Tentera Darat Malaysia (TDM) diperkukuh dengan terbinanya kemudahan latihan Operasi Dalam Kawasan Terbina (OBUA) yang pertama di Batalion ke 4 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Tapah.

Perkampungan latihan berkeluasan hampir 2.4 hektar itu bakal dijadikan projek perintis sebelum diperluas ke kem lain dalam usaha meningkatkan latihan berkaitan peperangan di kawasan terbina seperti bandar.

Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Azizan Md Delin berkata, setakat ini terdapat 36 pasukan infantri di seluruh negara dan usaha mewujudkan perkampungan latihan seumpama itu sedang digerakkan.

"Di pusat latihan (Pusat Latihan Tempur Tentera Darat) sudah ada OBUA, tetapi itu hanya untuk mereka yang menjalani kursus seperti jurulatih, bagi pasukan infantri ini adalah yang pertama.

"Kita harap boleh diperluas ke kem-kem lain untuk kita laksanakan latihan secara lebih agresif agar anggota kita betul-betul pakar dan berkeupayaan laksanakan operasi.

Sebahagian latihan Operasi Dalam Kawasan Terbina (OBUA) yang dipertontonkan sempena perasmian OBUA di 4 RAMD Kem Tapah hari ini.
Sebahagian latihan Operasi Dalam Kawasan Terbina (OBUA) yang dipertontonkan sempena perasmian OBUA di 4 RAMD Kem Tapah hari ini.

"Ianya bukanlah terlalu sukar untuk dibina dan tidak memerlukan kos terlalu tinggi hanya kepayahan dari segi teknikal kerana perlu ambil kira faktor sekeliling untuk menentukan mana tempat untuk menembak, bersembunyi dan sebagainya," katanya selepas menyempurnakan perasmian perkampungan latihan itu di sini hari ini.

Hadir sama, Panglima 4 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Redzuan Baharuddin; Ketua Staf Am Markas Pemerintahan Medan Barat, Mejar Jeneral Datuk Mohd Hassan Loman; Panglima 11 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Dr Mohd Radzi Abdul Hamid dan Panglima 12 Briged, Brigadier Jeneral Marzuki Mokhtar.

Artikel Berkaitan:

Azizan berkata, dalam menghadapi perubahan ancaman keselamatan, keupayaan angkatan tentera terutama tentera darat tidak lagi boleh diukur dalam bentuk peperangan di hutan melawan komunis.

Katanya, pada zaman kini, revolusi bergerak menuntut pasukan itu mempersiapkan diri menghadapi ancaman-ancaman berbentuk terorisme yang mungkin berlaku.

Azizan (tengah) selepas menyempurnakan perasmian OBUA di 4 RAMD Kem Tapah hari ini.
Azizan (tengah) selepas menyempurnakan perasmian OBUA di 4 RAMD Kem Tapah hari ini.

"Lihat sahaja di kebanyakan tempat seperti di Thailand, Filiphina, New Zealand dan Sri Lanka.

"Meskipun Malaysia masih terselamat dari tindakan sedemikian, kita perlu melengkapkan anggota terutama pasukan-pasukan yang akan beroperasi ini dengan latihan tinggi agar mereka sentiasa bersedia apabila keadaan memerlukan," katanya.

Beliau mengakui, risiko kecederaan dan kehilangan nyawa dalam peperangan di kawasan terbina adalah lebih tinggi bagi kedua-dua pihak memandangkan pihak lawan mempunyai taktik dan perlindungan yang pelbagai.

"Satu cara untuk mengelak kecelakaan dalam skala besar adalah melalui latihan dan sememangnya kewujudan pasukan ini untuk berlatih barulah rakyat jadi yakin bergantung keselamatan mereka kepada kita," katanya.