KDN teliti pendedahan laporan audit MyIMMs

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen akan mengambil tindakan berhubung pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1 kelmarin mengenai berlaku manipulasi dan penipuan dalam Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs).

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud mengenai perkara itu hari ini.

“Saya ambil perhatian serius perkara ini. Apapun kerana ia membabitkan Jabatan Imigresen, saya akan meneliti lanjut perkara tersebut. Kami perlu lihat apa yang harus dilakukan untuk membetulkan perkara ini supaya tidak berulang pada masa akan datang.

“Dari segi penambahbaikan, kami sudah mulakan. Ini sistem dahulu yang dikomen Jabatan Audit Negara tetapi kami telah mengambil langkah membaiki kebocoran dan salah guna kuasa,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Laporan berkenaan merumuskan berlaku manipulasi dan penipuan dalam MyIMMs bagi meluluskan kuota pekerja asing sehingga menyebabkan kehilangan hasil kepada negara.

Berdasarkan audit bagi tempoh 2016 hingga 2018, berlaku manipulasi pada sistem tersebut dengan kuota diwujudkan kepada 123 syarikat untuk membawa pekerja asing didapati adalah kelulusan palsu.

Analisis laporan audit turut mendapati seramai 21,378 pekerja asing daripada 32,424 kuota yang diwujudkan secara tidak teratur mendapat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS). - Bernama

Artikel Berkaitan: