11 premis makanan diarah tutup

Anggota JKKNS menampal notis penutupan premis semasa pemeriksaan Operasi Bersepadu Premis Makanan (Ops Bersih) hari ini.
Anggota JKKNS menampal notis penutupan premis semasa pemeriksaan Operasi Bersepadu Premis Makanan (Ops Bersih) hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 11 premis makanan diperintahkan tutup selama 14 hari oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) ekoran melakukan pelbagai kesalahan semasa pemeriksaan Operasi Bersepadu Premis Makanan (Ops Bersih ) di sini hari ini.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, perintah tersebut dikeluarkan kerana tahap kebersihan premis makanan yang rendah serta pelanggaran aspek kritikal di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Menurutnya, sebanyak 48 premis makanan telah diperiksa termasuk 11 yang diarah tutup melibatkan kesalahan antaranya pemilik premis gagal memastikan premisnya dalam keadaan sempurna, tidak mengikuti latihan pengendali makanan, gagal mendapatkan suntikan pengendali makanan selain gagal memastikan penyimpanan makanan dengan sempurna.

S Veerapan
S Veerapan

"Manakala 90 notis di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM)," katanya kepada media selepas selesai operasi sekitar Seremban hari ini.

Katanya, operasi ini tertumpu kepada premis makanan yang mempunyai aduan daripada orang ramai.

"Fokus utama penguatkuasaan tertumpu kepada Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dan pasukan pemeriksa juga menguatkuasakan PPKM 2009 yang menekankan aspek penilaian tahap kebersihan premis dan makanan serta etika kebersihan pengendali makanan di bawah Akta dan Peraturan-Peraturan tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pemeriksaan dilakukan di salah sebuah premis dalam Operasi Bersepadu Premis Makanan (Ops Bersih) hari ini.
Pemeriksaan dilakukan di salah sebuah premis dalam Operasi Bersepadu Premis Makanan (Ops Bersih) hari ini.

Sementara itu, Veerapan berkata, tahun lalu, sebanyak 6,662 buah premis makanan diperiksa dan 109 daripadanya diperintahkan tutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

"Manakala 1178 notis di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang melanggar PPKM 2009 dengan jumlah amaun dikompaun yang boleh ditawarkan bernilai RM220,200

"Bagi setengah tahun pertama 2019 di Negeri Sembilan, sebanyak 4,474 buah premis makanan diperiksa dan 46 premis daripadanya diperintahkan tutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 manakala 1022 notis di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang melanggar PPKM 2009 dengan jumlah amaun dikompaun yang boleh ditawarkan bernilai RM290,100," katanya.