Tujuh lot kedai hangus

Tujuh lot kedai hangus dalam kejadian kebakaran malam tadi. - FOTO: JBPM Selangor
Tujuh lot kedai hangus dalam kejadian kebakaran malam tadi. - FOTO: JBPM Selangor
A
A
A

KLANG - Tujuh lot kedai hangus dalam kejadian kebakaran di Jalan Nenas Bandar Klang di sini malam tadi.

Kejadian membabitkan bangunan lima tingkat berhampiran cawangan Tabung Haji Klang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan memaklumkan insiden pada jam 7.42 malam sebelum tiba di lokasi enam minit kemudian.

Menurutnya, 14 anggota bomba dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang dan BBP Pelabuhan Klang ke lokasi.

"Kebakaran libatkan lima lot kedai di tingkat lima dan dua lagi di tingkat empat.

"Pemeriksaan dapati lot di tingkat lima adalah struktur tambahan yang dijadikan rumah sarang burung," katanya.

Beliau berkata, anggota bomba mengambil masa hampir 45 minit untuk mengawal api.

Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan:

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.